Modenisasi Ala China Sasarkan Kemakmuran Bersama Seluruh Rakyat: Qin Gang

2023-03-07 13:47:29  CRI
Share with:

Mewujudkan modenisasi di negara yang mempunyai lebih 1.4 bilion penduduk akan menjadi prestasi cemerlang yang tidak pernah dicapai dalam sejarah umat manusia dan menbawa erti besar kepada dunia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar yang diadakan oleh sesi pleno pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 yang diadakan pagi tadi.

Beliau berkata, modenisasi ala China berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dalam perkembangan masyarakat manusia, membetulkan konsep “pemodenan bersamaan dengan pembaratan”, dan memberikan lima inspirasi kepada negara membangun.

“Pertama adalah merdeka dan bebas. Kedua, rakyat diutamakan, dan ketikga, membangun secara damai. Modenisasi ala China akan direalisasikan tidak melalui peperangan, penjajahan atau rampasan, sebaliknya mempertahankan kedamaian, pembangunan, kerjasama dan menang-menang, mempertahankan keharmonian antara manusia dengan alam.

“Keempat adalah keterbukaan dan keinklusifan. China menghormati jalan pembangunan yang dirempuh oleh negara lain

“Dan kelima adalah perpaduan dan perjuangan. Pengalaman China membuktikan, perpaduan dan usaha gigih akan membawa kejayaan.” kata Qin Gang.

Beliau menambah, proses modenisasi ala China adalah kebangkitan tenaga kedamaian, keadilan dan kemajuan yang semakin berpengaruh di dunia. Beliau yakin lebih banyak negara akan memilih jalan modenisasi sendiri dan menjadikan pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib sesame insan kenyataan.