Tibanya Musim Petik Daun Teh

2023-03-08 12:13:32  CRI
Share with:

Sekarang tibalah musim memetik daun teh di pelbagai tempat di China.

Dengan kedatangan musim bunga, kaum tani kelihatan sibuk memetik hasil tanaman mereka di hamparan kebun teh yang menghijau.

Untuk rekod, China merupakan negara pengeluar teh yang terbesar di dunia.

Pengeluaran teh musim bunga di seluruh negara menyumbang kira-kira 45 peratus daripada jumlah keseluruhan output sepanjang tahun.