Penjanaan Elektrik Tenaga Angin dan Suria Dipergiatkan

2023-03-08 12:30:58  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pembinaan pangkalan jana kuasa elektrik tenaga angin yang berkapasiti sepuluh juta kilowatt, pangkalan jana kuasa elektrik tenaga suria yang berkapasiti sejuta kilowatt dan pangkalan sumber penyusunan puncak kuasa elektrik (Peak-Load Power Regulation Source) yang berkapasiti sejuta kilowatt dipergiatkan di bandar Yumen, provinsi Gansu untuk mendorong transformasi dan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kapasiti keseluruhan pelbagai loji jana kuasa elektrik melebihi 5.5 juta kilowatt setakat hujung tahun 2022 di bandar Yumen yang kaya dengan sumber tenaga angin dan suria.