Impian Bola Sepak Menyerlah di Yushu

2023-03-08 12:36:51  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa daerah autonomi Yushu yang berpenduduk etnik Tibet di provinsi Qinghai berusaha melaksanakan rancangan perkembangan sukan bola sepak setempat.

Pihaknya bertahun-tahun memperuntukkan dana khas untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur berkaitan bola sepak untuk kegunaan umum.

Setakat ini, daerah Yushu yang terletak pada ketinggian purata yang melebihi empat kilometer dari paras laut, beriklim sejuk dan kekurangan oksigen sepanjang tahun, sudah mempunyai lebih 100 buah padang bola sepak dan lebih 40 kelab pasukan bola sepak amatur.

Sukan bola sepak semakin popular di daerah Yushu berikutan kejuaraan yang dibawa pulang satu pasukan bola sepak amatur tempatan dari Sukan Provinsi Qinghai pada tahun 2006.