GAC: Jumlah Import Eksport Kawasan Tengah dan Barat Naik 12.1%

2023-03-08 14:19:53  CRI
Share with:

Menurut statistik Jabatan Am Kastam China (GAC), jumlah import dan eksport di kawsan tengah dan barat China mencatat RMB1.19 trilion (RM740 bilion) dalam dua bulan pertama tahun ini, meningkat 12.1 petarus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah tersebut sekali gus menyumbang 19.2 peratus kepada jumlah keseluruhan import dan eksport China, naik 2.2 peratus.

Pengarah Jabatan Statistik dan Analisis GAC, Lyu Daliang mengatakan, peningkatan pesat perdagangan luar di kawasan tengah dan barat mencerminkan tahap keterbukaan di kawasan terbabit semakin tinggi, potensi pembangunan perdagangan luar semakin dibebaskan, dan susun atur keterbukaan China semakin optimum.