Warga Emas dan Kanak-kanak Keutamaan Perkhidmatan Komuniti

2023-03-09 14:35:13  CRI
Share with:

Golongan warga emas dan kanak-kanak dijadikan keutamaan dalam perkhidmatan yang tersedia di pelbagai taman perumahan di daerah Nanhu, bandar Jiaxing, provinsi Zhejiang pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Serentak dengan penaiktarafan dan pengubahsuaian kemudahan infrastruktur yang dipergiatkan di setiap taman perumahan, sejumlah bangunan untuk kegunaan warga emas dan kanak-kanak seperti universiti warga emas, klinik awan dalam rumah kesihatan, tadika komuniti, rumah buku dan pusat penjagaan warga emas kelihatan berturut-turut selesai dibina, yang dilihat kondusif bagi menyempurnakan sistem perkhidmatan awam di peringkat akar umbi demi kesejahteraan penduduk setempat dan menjadikan mereka berpeluang mengecapi hasil pembangunan.