Tanaman Cendawan Morels, Penjana Pendapatan

2023-03-10 21:15:00  CRI
Share with:

Pelaksanaan projek usaha tani yang bermodelkan “padi + cendawan morels” dipergiatkan di pekan Xinchang, bandar Chengdu, provinsi Sichuan.

Petani tempatan berpeluang menyewa sawah mereka yang sudah diselesaikan penuaiannya kepada pengusaha yang merancang menanam cendawan morels, dan pada suatu masa kemudian, menanam padi semula setelah tanaman cendawan morels tersebut selesai dituai.

Petani tempatan juga boleh memilih melibatkan diri dalam penanaman cendawan yang boleh membawa pulangan tertentu kepada mereka selain wang sewa yang tetap.

Kaedah ini terbukti berguna bukan sahaja bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tanah, malah juga menjana pendapatan petani setempat.