Demokrasi Sepanjang Proses, Kunci Jaminan Demokrasi Rakyat

2023-03-10 14:55:09  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Kedua-dua persidangan tahunan ini dilihat sebagai jendela penting untuk mengetahui demokrasi rakyat sepanjang proses di negara ini.

Dalam persidangan NPC dan CPPCC tahun ini, rang pindaan Undang-undang Penggubalan Undang-Undang (Legislation Law) sekali lagi diserahkan kepada NPC untuk dibahaskan.

Undang-Undang Penggubalan Undang-undang merupakan akta asas untuk menstandardkan sistem dan kegiatan penggubalan undang-undang.

Rang pindaan kali ini telah dilengkapi dengan fasal mempertahankan dan mengembangkan demokrasi rakyat sepanjang proses.

Pakar perundangan mengatakan bahawa pemindaan tersebut akan meningkatkan jaminan perundangan terhadap demokrasi rakyat sepanjang proses, dan ia juga praktis penting bagi demokrasi tersebut.

Selain itu, ia dapat mengumpulkan hasrat dan keinginan rakyat dalam proses penggubalan undang-undang.

Sama ada demokrasi dilaksanakan di sesebuah negara atau tidak, bergantung kepada sama ada rakyat menjadi tuan negara itu.

Jumlah penduduk China melebihi 1.4 bilion dan ia mewakili kira-kira satu perlima jumlah penduduk dunia. Bagaimana menyuarakan, mengumpulkan dan melaksanakan keinginan rakyat dengan baik? China telah mendapt kuncinya, iaitu demokrasi rakyat sepanjang proses.

Mengambil pemilihan demokratik sebagai contoh. Pemilihan wakil Kongres Rakyat merupakan pemilihan demokratik berskala paling besar di dunia. Wakil Kongres Rakyat dalam lima peringkat semuanya terpilih melalui pemilihan demokratik, dan tempoh jawatan mereka selama lima tahun. Lebih satu billion pengundi memilih secara langsung wakil Kongres Rakyat peringkat kaunti dan mukim. Sementara wakil peringkat kaunti ke atas akan dipilih oleh Kongres Rakyat peringkat bawahnya. Setiap kawasan, sektor, kalangan dan etnik mempunyai wakil Kongres Rakyat sendiri.

Memandangkan lagi mesyuarat demokratik, ia menjadi mod dan kelebihan unik bagi politik demokratik sosialis China. Cadangan dan usul yang dikemukakan oleh wakil NPC dan anggota CPPCC mewakili hasrat 1.4 bilion rakyat dan ini menyediakan pandangan berharga dan pengalaman dalam pelbagai bidang kepada kerajaan untuk mengamalkan dasar berkenaan.

Pada masa ini, China telah memulakan perjalanan baharu untuk membina negara sosialis moden secara komprehensif. Pembangunan demokrasi rakyat sepanjang proses merupakan salah satu keperluan hakikat untuk mewujudkan modenisasi ala China.

Seiring dengan pembangunan modenisasi ala China, prospek demokrasi rakyat sepanjang proses akan lebih cerah dan membawa lebih banyak hasil pembangunan serta manfaat kepada lebih ramai orang di dunia.