China Hulurkan Bantuan Makanan kepada Afrika

2023-03-10 14:43:47  CRI
Share with:

Majlis penyerahan bantuan makanan kecemasan oleh China kepada Sierra Leone telah diadakan secara dalam dan luar talian pada 9 Mac.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa China, Tang Wenhong berkata bahawa keselamatan makanan bukan sahaja topik penting dalam tadbir urus negara, malah juga keprihatinan utama Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  

“Setakat ini, semua bantuan makanan kecemasan ke Afrika yang dijanjikan oleh kerajaan China sudah dihantar, dan sudah tiba di Guinea-Bissau, Sierra Leone dan beberapa negara Afrika yang lain," kata Tang.  

Beliau menyatakan bahawa China akan terus membantu Afrika membina sistem perindustrian pertanian moden, melalui langkah-langkah membina infrastruktur pertanian, mempromosikan tanaman yang sesuai di Afrika, menghantar pakar pertanian, dan meningkatkan latihan kepada rakyat tempatan.