Pemohon Faedah Pengangguran Bertambah 21 Ribu di AS

2023-03-10 13:30:19  CRI
Share with:

Bilangan individu yang memohon faedah pengangguran buat kali pertama di Amerika Syarikat (AS) mencapai 211,000 orang sepanjang minggu lalu (sehingga 4 Mac), bertambah sebanyak 21,000 berbanding minggu sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh negara itu pada Khamis.