Thongloun Sisoulith Ucap Tahniah kepada Xi Jinping

2023-03-11 15:21:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankusa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden Laos, Thongloun Sisoulith menzahirkan ucapan tahniah kepada Xi Jinping yang dipilih semula sebagai Presiden Republik Rakyat China, pada Jumaat.

Thongloun dalam perutusannya menyatakan bahawa beliau yakin di bawah pimpinan Parti Komunis China yang berteraskan Xi Jinping, rakyat China pasti akan mencapai pencapaian cemerlang dalam usaha merealisasikan modenisasi ala China secara menyeluruh, mengamalkan konsep pembangunan baharu dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, sehingga mencapai matlamat seratus tahun kedua dan kebangkiatan gemilang nusa dan bangsa China.

Beliau berharap perkongsian strategik komprehensif antara Laos dengan China dan pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara akan mencapai lebih banyak hasil yang memberangsangkan.