Putin Sampaikan Perutusan Tahniah kepada Xi Jinping
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyampaikan perutusan tahniah kepada Xi Jinping yang dipilih semula sebagai Presiden Republik Rakyat China, pada Jumaat.
Putin dalam perutusannya berkata, Rusia menyanjung tinggi sumbangan Xi dalam meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China.
“Saya percaya dengan usaha bersama kita, kerjasama Rusia-China pasti akan membuahkan lebih banyak hasil.”
Putin juga menzahirkan kesediaannya untuk mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan Xi dalam isu serantau dan antarabangsa yang penting.
Beliau berharap agar Xi dapat mencapai lebih banyak hasil yang cemerlang dalam usaha membawa kesejahteraan kepada rakyat China.