Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan

2023-03-11 14:33:35  CRI
Share with:

Republik Rakyat China, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Islam Iran mengeluarkan kenyataan bersama tiga pihak di Beijing pada Jumaat, mengumumkan bahawa Arab Saudi dan Iran telah mencapai satu perjanjian, bersetuju untuk memulihkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, membuka semula kedutaan dan pejabat perwakilan dalam tempoh dua bulan, selain saling menghantar duta besar, dan membincangkan langkah untuk meningkatkan hubungan dua hala. Ketiga-tiga negara tersebut menyatakan kesediaan untuk melakukan segala usaha untuk meningkatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa dan serantau.

Pada hari yang sama, Oman, Turki, Lubnan, Iraq dan beberapa negara mengeluarkan kenyataan, mengalu-alukan kenyataan bersama tiga pihak itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya, menyambut baik keputusan Iran dan Arab Saudi untuk bersetuju memulihkan hubungan diplomatik, di samping menzahirkan ucapan terima kasih atas pengantaraan China dalam menjayakan perjanjian berkenaan.