Modenisasi, Matlamat Bersama Filipina-China
Modenisasi merupakan matlamat yang dikejar bersama oleh Filipina dan China, kata duta Jaime Adriano FlorCruz.
Beliau berharap penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diasaskan China dan program infrastruktur 'Build, Better, More' kendalian Filipina dapat diperkasa dengan menggerakkan lebih banyak projek usaha sama yang berkualiti demi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Duta Filipina yang bertugas di Beijing itu menghargai pengalaman pembangunan China boleh ditimba Filipina yang berada dalam proses pemodenan.
"Filipina dan China mempunyai kelebihan yang saling melengkapi. Pelaburan, produk, perkhidmatan, teknologi dan inovasi yang dieksport China merupakan yang kami (Filipina) perlukan,” kata Jaime.
Pada pandangan beliau, matlamat bersama ke arah modenisasi perlu direalisasikan menerusi pendekatan yang pragmatik.
"Aktiviti import dan eksport antara kami dengan China serta negara anggota lain Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan dipergiatkan.
"Ia akan memacu pertumbuhan ekonomi Filipina, sekali gus membawa limpahan manfaat kepada peniaga dan pengguna tempatan,” ujarnya.