Mahu Berbincang? Datanglah Minum Teh

2023-03-13 14:01:28  CRI
Share with:

 

Berapakah jauh jarak antara kita? Bagi para penduduk pekan Linhuan, bandar Huaibei di provinsi Anhui, masalah dapat diselesaikan sekiranya semua pihak duduk bersama-sama dan meminum teh.

 

Pekan Linhuan yang purba mempunyai sejarah selama lebih seribu tahun, dan terdapat lebih 20 kedai minum teh di sana.

 

Sejak tahun 2017, setiap kedai menyediakan bilik perbincangan dengan wakil rakyat dan pada setiap 10 haribulan, wakil rakyat peringkat kaunti dan pekan akan datang ke situ untuk mengetahui dan mengumpul masalah daripada penduduk serta menyerahkan cadangan tentang masalah tersebut kepada jabatan kerajaan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

 

Dalam video ini, para penduduk pekan Linhuan dengan wakil rakyat He Weijun sedang berbincang untuk membina semula pintu gerbang pekan itu. 

 

Penduduk tempatan, Shen Ruoping berkata, pintu gerbang Linhuan mempunyai sejarah lebih 300 tahun yang menjadi mercu tanda Linhuan.

 

Namun iaterpaksaterpaksa diruntuhkan pada lebih 40 tahun yang lalu ekoran dindingnya rosak dan para penduduk tempatan berharap pintu gerbang dapat dibina semula.

 

He Weijun menyatakan bahawa pihaknya sudah dimaklumi tentang hasrat penduduk dan turut memberi laporan kepada kerajaan setempat.

 

Menurut beliau, kerajaan pekan berjaya memohon peruntukan khas daripada kerajaan peringkat atas untuk membina pintu gerbang.

 

Pada masa sama, pihaknya juga sedang menjalankan kaji selidik terhadap para penduduk tentang pelan pembinaan itu termasuk cita rasa pintu gerbang yang akan dibina itu.

 

Wang Shihong, Ketua Pusat Penyelarasan Kedai Minum Teh Pekan Linhuan pula menyatakan bahawa jarak penduduk Linhuan antara satu sama lain hanyalah secawan teh.

 

“Denganminum teh secawan yang hanya berharga beberapa yuan sahaja, pertikaian antara kejiranan dapat diselesaikan.

 

“Pada beberapa tahun lalu, 95 peratus daripada 1,500 pertikaian berjaya diselesaikan mereka dan inilah amalan demokrasi di peringkat akar umbi China,” ujar Wang.