Xi Bakal Hadiri Dialog PKC dengan Parti Politik Dunia

2023-03-13 15:28:36  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping bakal menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia yang dijadual berlangsung pada 15 Mac.

Bertemakan ‘Perjalanan ke Arah Modenisasi: Tanggungjawab Parti Politik’, dialog yang diadakan secara maya itu akan dihadiri pemimpin parti dan pertubuhan politik dari pelbagai negara.