Platform Pintar Bantu Penghuni Cari Pekerjaan

2023-03-13 13:02:51  CRI
Share with:

“Cuntoubao” ialah satu platform pintar yang menawarkan perkhidmatan mencari pekerjaan. Peranti Cuntoubao telah dipasang di lebih 20 kampung di kaunti Anyi, bandar Nanchang di provinsi Jiangxi, membantu lebih 26,000 penghuni mendapatkan pekerjaan.

Dimaklumkan lebih 80 syarikat berdaftar di Cuntoubao untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada penghuni tempatan.