China Capai Kemajuan Signifikan dalam Usaha Penghijauan

2023-03-13 13:44:54  CRI
Share with:

China mencapai kemajuan signifikan dalam usaha penghijauan sepanjang tahun lalu, menyaksikan kerja penghutanan membabitkan kawasan seluas 3.83 juta hektar diselesaikan dan tanah seluas 3.214 juta hektar dipulihkan menerusi penanaman rumput.

Demikian menurut Buletin Status Penghijauan Tanah China yang disiarkan Pejabat Suruhanjaya Penghutanan Kebangsaan bersempena Hari Menanam Pokok ke-45 pada Ahad.

Menurut buletin itu, kadar liputan hutan di China kini mencatat 24.02 peratus manakala kawasan hijau taman per kapita di bandar meningkat kepada 14.78 meter persegi pada 2021 daripada 11.8 meter persegi pada 2011.

Kadar penghijauan di kawasan desa pula mencecah 32.01 peratus dan persekitaran hidup penduduk terus bertambah baik.