Ceritakan Kehidupan Sebenar Rakyat Xinjiang

2023-03-13 15:05:10  CRI
Share with:

Semasa Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 berlangsung, ahli Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari wilayah Xinjiang telah membincangkan kaedah untuk menjadikan lebih ramai orang supaya mengetahui cerita Xinjiang sebenar.

Ahli CPPCC merangkap Naib Pengerusi Persatuan Penari China (CDA), Dilinal Abdullah berkata beliau telah menghasilkan pelbagai tarian berdasarkan lagu rakyat.

Tambah beliau, Xinjiang mempunyai landskap semula jadi yang indah serta kebudayaanyang kaya dan ia boleh diceritakan menerusi lagu dan tarian kerana sifatnya yang terbuka untuk setiap lapisan masyarakat.

Seorang lagi ahli CPPCC yang juga Naib Akademik Kesenian Xinjiang, iaitu Muyesser Tohti telah menceburkan diri dalam pendidikan kebudayaan dan kesenian dalam satu tempoh yang lama.

Pada sesi kali ini, beliau mencadangkan supaya CPPCC tahun ini terus memfokuskan terhadap pendidikan modal insan sektor kesenian di Xinjiang supaya boleh memelihara serta mewariskan kebudayaan etnik minoriti dengan lebih baik.

Henizati Tohti, iaitu ahli CPPCC dan Ketua Pengarah Syarikat Media Semangat Buah Delima Xinjiang pula mengemukakan cadangan “rancangan Qianniao”.

Rancangan tersebut mempunyai objektif untuk membantu seribu orang dari pelbagai etnik di Xinjiang menguasai kemahiran dan teknik media baharu sehingga menjadi “selebriti internet” yang mempunyai jutaan peminat.

Menurut Henizati, dengan cara itu, para penduduk tempatan boleh memperlihatkan, dan menceritakan kehidupan yang sebenar di wilayah itu.