48,448 Terkorban Akibat Gempa Bumi di Turkiye

2023-03-14 15:27:13  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 48,448 orang termasuk 6,660 warga asing terkorban akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Demikian menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu dalam sidang media yang diadakan pada Isnin.

Menurut beliau, kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan masih diteruskan di kawasan bencana.

Kawasan selatan Turkiye dilanda gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter pada 6 Februari. Wilayah Hatay antara lokasi yang terjejas teruk akibat gempa bumi dahsyat itu.