Latihan Tentera Bersama Korea Selatan, AS Cetus Protes

2023-03-14 13:14:26  CRI
Share with:

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan bersama yang dipanggil 'Freedom Shield' bermula Isnin sehingga 23 Mac.

Latihan itu mencetuskan protes besar-besaran di Korea Selatan, menyaksikan beberapa pertubuhan kalangan rakyat berhimpun di hadapan Cheongwadae pada Sabtu lalu.

Para pemprotes kelihatan berarak dengan memegang sepanduk bertulis 'henti latihan tentera, sambung semula dialog' dan 'latihan tentera takkan bawa keamanan'.