China, Thailand Bekerjasama Terbitkan Karya Klasik

2023-03-14 12:30:08  CRI
Share with:

China dan Thailand akan menjalankan kerjasama untuk menterjemah dan menerbitkan 50 karya klasik kedua-dua negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Memorandum berhubung perkara itu ditandatangani Jabatan Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) China dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand pada Isnin.

Pemeteraian memorandum berkenaan dianggap hasil signifikan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang penerbitan, sekali gus mencetuskan peluang baharu bagi interaksi sosiobudaya.