Perkembangan ‘Kampung Tomato’

2023-03-14 12:49:02  CRI
Share with:

Chen Baochao, wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China adalah pegawai utama daripada kampung Baiyunshan, bandar Kaifeng provinsi Henan, Tengah China.

 

Pada tahun 2018, beliau menamatkan kehidupannya selaku peniaga selama lebih 20 tahun di perantauan untuk pulang ke kampungnya, dan menyandang jawatan utama kampung itu serta memacu penduduk untuk membina pangkalan tomato.

 

Pada mulanya, Chen berusaha mencari pelaburan daripada pelbagai pihak, malah beliau turut menggunakan dana sendiri terlebih dahulu sehingga mendapat jumlah pelaburan mencatat RMB36 juta (RM23 juta) untuk membina pangkalan penanaman tomato dan sebanyak 165 buah rumah hijau.

 

Usaha beliau telah mendapat pengiktirafan daripada para penduduk langkah demi langkah.

Pada masa ini, tanaman tomato yang seluas 69 hektar di kampung Baiyunhshan berperanan menyediakan peluang pekerja kepada 700 orang, dengan nilai pengeluaran tahunannya mencecah RMB20 juta (RM13 juta)

 

Daripada jumlah itu, faedah bersih tahunan bagi setiap rumah hijau mencatat lebih RMB90,000 (RM58,700) dan ia sekali gus menyaksikan setiap keluarga di kampung itu mampu membina rumah bertingkat selain memiliki kenderaan masing-masing.

 

Dalam tempoh persidangan tahunan NPC kali ini, Chen berinteraksi dengan para wakil NPC dari pelbagai tempat untuk menimba pengalaman masing-masing, di samping mempromosi hasil tomato jenis baharu daripada kampungnya.

 

Selain itu, beliau juga membawa cadangannya tentang pembangunan kampung kepada persidangan tahunan NPC.

 

Chen berharap warga tua yang berusia 60 tahun ke atas yang menetap di kawasan desa dapat menikmati kehidupan yang terjamin, kanak-kanak dapat mengikuti pendidikan tadika yang bertaraf lebih tinggi dan sementara memberi peluang pekerjaan lebih banyak untuk golongan belia.

 

Tambah beliau, arahan dan maklumat persidangan kali ini akan dibawa pulang untuk dikongsikan dengan para penduduk tempatan yang diharap agar bersama-sama bertindak pantas memperjuangkan matlamat pembangunan desa.