China Perluas Perkhidmatan Lawatan Berkumpulan ke Luar Negara

2023-03-15 11:54:01  CRI
Share with:

China menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke lebih banyak negara bermula 15 Mac, sekali gus menyediakan syarat bermanfaat kepada aktiviti pelancongan rentas sempadan.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media di Beijing pada Selasa.

Wang berkata perkhidmatan berkenaan telah dipulihkan secara percubaan terhadap sebahagian negara sebelum ini, dan dilaksana dengan baik pada keseluruhannya. China memutuskan untuk memperluas perkhidmatan itu susulan keadaan wabak COVID-19 dalam negeri kekal stabil dan hasrat rakyat melancong ke luar negara meningkat.