‘Raja Lobak’ Seberat 11.95 Kg

2023-03-15 10:33:06  CRI
Share with:

Pesta lobak dirasmikan di kampung Longdou kawasan Shaowu provinsi Fujian pada 12 Mac lalu. Selain pelbagai hidangan yang dimasak dengan lobak, pertandingan lobak yang paling berat pula diadakan dalam pesta kali ini. Sebiji lobak yang beratnya 11.95 kilogram dinobatkan sebagai ‘raja lobak’.

Lobak dari kampung Longdou amat terkenal. Persekitaran alam sekitar yang baik dan tanah yang subur menghasilkan lobak yang sedap dan berzat.