Pelan Kerjasama AUKUS Bawa Mudarat

2023-03-15 15:24:32  CRI
Share with:

Keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik akan terjejas sekiranya pelan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear dilaksanakan pakatan AUKUS membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia.

Menurut pihak tentera Australia, pelan berkenaan dijangka siap pada 2055 dengan menelan kos sebanyak AS$245 bilion (RM1.09 trilion).

Perkara itu akan turut memberi impak kepada sistem pengawalan senjata nuklear antarabangsa dan menghasut perlumbaan senjata.

Tindakan seumpama ibarat membuka 'kotak Pandora' yang pasti mengundang mudarat.

Pakatan AUKUS disifatkan terus meniti laluan yang salah dan berbahaya apabila mereka mengumumkan pelan kerjasama kapal selam nuklear secara unilateral tanpa menghiraukan kebimbangan pelbagai pihak.

Sepanjang setahun lalu, komplotan pakatan AUKUS mahukan kerjasama mereka dimuktamadkan melalui modus operandi yang mengejikan telah ditumpaskan.

Berdiri di sisi yang bertentangan dengan masyarakat antarabangsa, ketiga-tiga negara nekad mengumumkan butiran kerjasama mengenai pembinaan kapal selam nuklear.

Pakatan itu berniat menghasut konflik dan konfrontasi menerusi kelebihan strategik ketenteraan di rantau Asia Pasifik.

Walaupun dibantah masyarakat antarabangsa, ketiga-tiga negara berdegil menggerakkan kerjasama berkenaan. Di sebalik kelakuan sedemikian, wujudnya muslihat masing-masing dari segi ekonomi.

Kompleks perindustrian ketenteraan AS dan Britain dijangka akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda-ganda daripada peningkatan kos pelan kerjasama berkenaan.

Kerjasama kapal selam nuklear bukanlah perkara peribadi mereka, tetapi melibatkan kepentingan semua negara anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Maka, ia seharusnya dibincangkan dan diputuskan oleh semua anggota melalui prosedur antara kerajaan.