Tayangan Perdana Dokumentari Terbitan CMG di Kemboja

2023-03-15 17:07:02  CRI
Share with:

Modenisasi ala China akan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja pada era baharu.

Demikian ujar Duta China ke Kemboja Wang Wentian ketika berucap pada majlis tayangan perdana filem dokumentari bertajuk ‘The Smile of Cambodia’ di Phnom Penh, Selasa.

Beliau menyatakan pemodenan bercirikan China akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan rantau dan dunia.

Menteri Penerangan Kemboja Khieu Kanharith turut menyifatkan penerbitan filem dokumentari itu memberi konotasi baharu kepada kerjasama dua negara dalam bidang media.

“Hasil ini menyumbang kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib Kemboja-China era baharu ke arah berkualiti, bertaraf dan berstandard tinggi,” ujar beliau.

Difahamkan, dokumentari terbitan Kumpulan Media China (CMG) itu menceritakan tentang kehidupan rakyat Kemboja, dan memaparkan pencapaian pembangunan negara itu dalam pelbagai bidang menerusi kerjasama dengan China.