Siasatan Punca Kebocoran Nord Stream Perlu Dipercepat

2023-03-16 12:15:47  CRI
Share with:

China mengulangi pendirian bahawa siasatan terhadap insiden kebocoran saluran paip gas Nord Stream perlu dijalankan dengan objektif, tidak berat sebelah dan profesional, selain memastikan pesalah diheret ke muka pengadilan.

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin turut menggesa supaya siasatan berkenaan dipercepat untuk mengetahui punca sebenar berlakunya insiden kebocoran membabitkan Nord Stream 1 dan 2.

Mutakhir ini, beberapa media Barat memetik risikan Amerika Syarikat (AS) sebagai berkata, kemudahan itu disabotaj oleh aktivis pro-Ukraine.

Sehubungan itu, Wang berkata segelintir media Barat pernah diam membisu selepas laporan siasatan Seymour Hersh mendedahkan AS adalah dalang insiden letupan Nord Stream.

"Mereka kini pula bersama-sama tampil bersuara, jadi adakah wujudnya 'komplotan' di belakang tabir?" kata beliau dalam sesi taklimat di Beijing pada Rabu.

Wang turut menggesa supaya pihak-pihak terbabit dapat memberi respons secara jujur terhadap kecurigaan dan keprihatinan masyarakat antarabangsa berhubung kejadian berkenaan.