Traktor Beroperasi Guna Sistem Pandu Arah Beidou

2023-03-16 13:29:42  CRI
Share with:

Traktor tanpa pemandu kini boleh beroperasi secara automatik di ladang dengan perkhidmatan sistem navigasi satelit Beidou yang dibangunkan oleh China, dengan kedudukan yang ditetapkannya tidak akan tersasar melebihi dua sentimeter daripada ketepatan.

 

Teknologi tersebut boleh digunakan dalam kerja di ladang termasuk menanam, menyemai dan menuai, sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran pertanian secara besar-besaran.