Urusan Lawatan Berkumpulan ke Luar Negara Terus Pulih

2023-03-16 13:54:43  CRI
Share with:

Pintu keluar masuk Youyi yang terletak di wilayah Guangxi menyambung semula perkhidmatan urusan pengembaraan rentas sempadan secara berkumpulan pada Rabu.

Pada hari sama, sebanyak tiga rombongan pelancong China melakukan perjalanan ke Vietnam melalui pintu sempadan itu.

Sektor pelancongan domestik terus pulih, menyaksikan agensi pelancongan di seluruh negara serta penyedia perkhidmatan perjalanan dalam talian menawarkan perkhidmatan lawatan berkumpulan ke luar negara kepada penduduk tempatan.