ECB Umum Naik Kadar Faedah 50 Mata Asas

2023-03-17 15:23:09  CRI
Share with:

Bank Pusat Eropah (ECB) memutuskan untuk menaikkan tiga kadar faedah utama di zon euro masing-masing sebanyak 50 mata asas.

Ini merupakan kenaikan kali keenam yang diumumkan ECB sejak Julai tahun lepas.

Presiden ECB, Christine Lagarde berkata keputusan itu dibuat memandangkan inflasi dijangka kekal pada paras tinggi dalam suatu tempoh yang panjang.

"Langkah berkenaan adalah untuk memastikan kadar inflasi pulih ke paras dua peratus dalam jangka masa sederhana," kata beliau dalam mesyuarat berhubung dasar monetari pada Khamis.

Sebelum ini, rata-rata menjangkakan ECB akan mengurangkan bahkan menggantung kenaikan kadar faedah susulan impak krisis perbankan di negara Barat.

Menurut penganalisis, langkah itu dilaksanakan ECB secara pasif ekoran kesan limpahan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed), dan prospek sektor perbankan Eropah turut menjadi lebih membimbangkan.