GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa

2023-03-17 14:22:31  CRI
Share with:

Inisiatif Peradaban Global (GCI) menjadi dorongan kuat kepada usaha memajukan proses pemodenan umat manusia dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata GCI merupakan satu lagi barang awam penting yang dikongsi China dengan masyarakat antarabangsa pada era baharu selepas Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI).

GCI buat julung kalinya dikemukakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping dalam Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia, pada Rabu.

Inisiatif berkenaan telah pun mendapat sambutan hangat daripada tokoh asing, yang menyifatkannya dapat menggalakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun.

“Dalam perjalanan menuju masa depan, modenisasi ala China, satu bentuk baharu kemajuan manusia, bersama tamadun lain akan terus berkembang makmur dengan interaksi dan saling belajar dilakukan.

“Pada era baharu, kami (China) dan dunia berganding bahu dan bergerak sederap ke arah memantapkan kedamaian dan pembangunan manusia,” kata Wang semasa taklimat harian di Beijng, pada Khamis.