Rungkai Persoalan Berhubung Modenisasi dengan Resipi Bercirikan China

2023-03-17 14:25:21  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menyampaikan ucaptama pada Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti Politik Dunia, di Beijing pada Rabu.

Xi, yang juga Presiden China, memberi penerangan dengan lebih lanjut mengenai usaha PKC meneroka jalan pemodenan, dan menjawab persoalan berhubung ‘modenisasi’.

Beliau turut mengesyorkan Inisiatif Peradaban Global (GCI), satu lagi idea China ke arah menggerakkan proses pemodenan global dan memajukan tamadun manusia.

Menyebut tentang usaha pemodenan, Xi menekankan peri pentingnya konsep rakyat didahulukan serta modenisasi yang berpusatkan rakyat, sekali gus prinsip berdikari dijunjung dan penerokaan dilakukan ke arah kepelbagaian jalan pemondenan.

Selain itu, beliau menyarankan supaya prinsip asas dan usaha inovasi dimuliakan, serta memastikan proses modenisasi berjalan secara berterusan.

Presiden itu mahu melihat hasil pemodenan dikongsi semua, dan kepimpinan yang teguh dikekalkan dalam proses pemodenan.

Mengambil peluang dialog peringkat tinggi itu, Xi sekali lagi menggambarkan betapa besarnya makna modenisasi ala China terhadap dunia.

Seperti yang dinyatakan beliau, usaha perlu dilakukan bagi memastikan peluang baharu disediakan untuk pembangunan dunia menerusi pencapaian baharu modenisasi ala China, memberikan dorongan kepada penerokaan jalan pemodenan, serta menyumbang kepada inovasi teori dan amalan pemodenan masyarakat manusia.

Menerusi GCI, Xi merayu kepada dunia supaya menghormati kepelbagaian tamadun, menyemarakkan nilai bersama umat manusia, mementingkan pewarisan tamadun dan inovasi serta memperkasa interaksi dan kerjasama silang budaya.

Pada masa hadapan, dalam proses pemodenan bercirikan China, PKC komited memantapkan pembangunan berkualiti, mempertahankan kesamarataan dan keadilan antarabangsa, menggalakkan interaksi dan saling belajar sesama tamadun, di samping mempamerkan imej kuasa besar yang penuh kebertanggungjawaban.