China Kemuka Saranan Berhubung Pelaksanaan UDHR

2023-03-18 13:50:25  CRI
Share with:

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) merupakan dokumen signifikan yang memberi kesan mendalam kepada usaha pemerkasaan hak asasi global.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu ketika berucap mewakili lebih 70 buah negara sempena ulang tahun ke-75 kelulusan perisytiharan berkenaan.

Dalam sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Jumaat, Chen turut mengemukakan beberapa saranan mengenai pelaksanaan perisytiharan tersebut.

Menurut duta China itu, hak asasi dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, budaya dan pembangunan serta hak politik adalah sama penting dan perlu didorong secara seimbang.

Beliau mengesyorkan supaya hak pembangunan dimantapkan dengan berpusatkan rakyat, dan pengaruh teknologi memuncul terhadap hak asasi diberi tumpuan.

Chen turut menekankan perlunya menggalakkan institusi kewangan antarabangsa berperanan positif dalam menyokong perjuangan hak asasi di negara membangun, selain menjunjung prinsip saling menghormati serta mempergiat dialog dan kerjasama dalam usaha berkenaan.