OECD Unjur Ekonomi Global Tumbuh 2.6 Peratus Tahun Ini

2023-03-18 16:13:57  CRI
Share with:

Kadar pertumbuhan ekonomi global dijangka mencatat 2.6 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada tahun depan.

Demikian menurut laporan prospek ekonomi jangka sederhana yang dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada Jumaat.

Menurut laporan itu, dasar makro yang diperketat akan terus memberi kesan kepada keadaan ekonomi. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tenaga akan beransur-ansur reda bermula tahun ini.   

OECD turut menjangkakan Amerika Syarikat (AS) akan merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 1.5 peratus tahun ini, manakala zon euro sebanyak 0.8 peratus.