Pameran E-niaga Rentas Sempadan China 2023 Buka Tirai

2023-03-19 14:19:46  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan E-niaga Rentas Sempadan China atau Fair KWA edisi ketiga dijadual berlangsung di Fuzhou, provinsi Fujian bermula 18 hingga 20 Mac.

Keluasan ruang pameran mencatat 70,000 meter persegi dan lebih 80 peratus daripadanya disediakan untuk rantaian bekalan, selain turut menawarkan tiga zon forum dan satu lagi zon penstriman langsung.

Acara itu menarik penyertaan perusahaan membabitkan kira-kira 60 industri domestik dan 50 platform e-niaga dari seluruh dunia, dengan menghimpunkan lebih sejuta produk antaranya termasuk barangan digital, alatan rumah, perlengkapan ibu dan bayi, kasut dan pakaian serta komponen auto.

Sempena pameran kali ini, juga diadakan forum yang memfokuskan kepada sektor logisitik dan kewangan untuk membincangkan peluang dan potensi pembangunan baharu dalam bidang berkenaan.