Persidangan Dialog Antarabangsa Baghdad Ke-5

2023-03-20 15:27:37  CRI
Share with:

Persidangan Dialog  Antarabangsa Baghdad Ke-5 telah membuka tirainya di Baghdad, Iraq semalam, bagi  memperingati ulang tahun ke-20 Perang Iraq.  

Perdana Menteri Iraq,  Mohammed Shia al-Sudani berkata, pelbagai kesengsaraan ekoran peperangan dan  keganasan yang dialami Iraq pada dua dekad lalu, telah menjadi iktibar bagi  negaranya. Iraq tetap ingin membuktikan tekad dan kemampuannya boleh balik ke  posisi wajarnya.

Tujuh dialog akan diadakan  pada persidangan selama dua hari iu, dengan kandungannya merangkumi kaedah  menambahbaik persekitaran pelaburan, menangani perubahan iklim dan memenuhi  permintaan sumber tenaga.