Industri Penternakan Unta Rancak di Xinjiang

2023-03-20 15:43:16  CRI
Share with:

Suatu ketika dahulu, unta pernah dikenali sebagai "bot padang pasir" di China, kerana perjalanan manusia dan pengangkutan barang amat bergantung kepada haiwan itu khususnya di kawasan padang pasir.

Namun, kini unta tidak lagi berfungsi sebagai pengangkut barang, tetapi menjadi pendorong penting dalam pembangunan perindustrian tempatan.

Dalam beberapa tahun lalu, wilayah Xinjiang giat meneroka potensi industri unta, menjadikan industri tersebut sebagai saluran penting bagi penduduk tempatan untuk meningkatkan pendapatan.

Sehingga 2022, jumlah unta ternakan di Xinjiang adalah sekitar 220,000 ekor, menempati kira-kira 68% daripada jumlah keseluruhan unta di negara ini. Pengeluaran susu unta di Xinjiang pula mencecah kira-kira 50,000 tan setahun.

Pada 2022, Xinjiang telah membentuk sistem teknologi perindustrian kuda, keldai dan unta, untuk meningkatkan keupayaan integrasi dan pembangunan melalui kelebihan dalam industri tersebut.