Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Kedamaian

2023-03-20 13:57:59  CRI
Share with:

Atas undangan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden China, Xi Jinping akan menjalankan lawatan ke Rusia bermula hari ini hingga 22 Mac. Ini merupakan lawatan kali pertama selepas terpilihnya Xi sebagai Presiden China sekali lagi, dan disifatkan sebagai lawatan persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang kondusfi bagi menggaris pelan perkembangan Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif China-Rusia pada era baharu.

Dalam tempoh sedekad lalu, kedua-dua pemimpin ini pernah bertemu sebanyak 40 kali, manakala China dan Rusia di bawah bimbingan mereka berjaya mengembangkan hubungan bilateral yang bersemangat kejiranan dan mengutamakan kesalingpercayaan pada aspek strategik, yang dilihat sebagai teladan dalam hubungan antarabangsa.

Baru-baru ini, Kementerian Luar China ketika memaklumkan lawatan kesembilan Xi Jinping ke Rusia dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden China menyatakan bahawa Xi dan Putin akan bertukar-tukar pendapat secara mendalam tentang hubungan bilateral serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan sama di samping menggalakkan koordinasi strategi dan kerjasama substantif kedua-dua pihak demi menyuntik momentum baharu kepada perkembangan hubungan bilateral.

Menurut Kementerian Luar China lagi, dalam lawatan kali ini, China dan Rusia akan menggalakkan penyelarasan dan kerjasama pembinaan dalam kerangka pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Persatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).

Krisis Ukraine masih menjadi tumpuan dunia pada masa ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan bahawa lawatan Xi ke Rusia ini bertujuan damai. China akan mengambil pendirian objektif dan saksama dalam isu Ukraine dan memainkan peranan konstruktif dalam usaha mewujudkan keamanan dan menggalakkan dialog.