Tingkatkan Industri Penternakan Lembu, Pacu Ekonomi Tempatan Xinjiang

2023-03-20 15:00:50  CRI
Share with:

Terdapat ramai pedagang dari seluruh negara berkumpul di pasar di kaunti Yili, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China.

Antara jenis lembu yang sering diperdagangkan di sini adalah lembu coklat, iaitu sejenis lembu yang dibiakkan oleh China sendiri.

Baka lembu tersebut amat popular di Xinjiang kerana dagingnya berkualiti tinggi dengan kandungan lemak yang rendah.

Difahamkan, jumlah lembu yang dijual keluar dari Xinjiang direkodkan sebanyak 369,900 ekor pada 2022, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 134 peratus.

Empat provinsi iaitu Guangdong, Shandong, Henan dan Shanxi pula merupakan antara destinasi utama.

Dalam tempoh Januari hingga Februari 2023, penjualan lembu dari Xinjiang ke tempat lain di China dicatatkan sebanyak 36,500 ekor, iaitu meningkat 120 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dan masih mempertunjukkan kenaikan yang pesat.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin banyak lembu diternak di Xinjiang dan dijual ke kawasan lain, yang secara tidak lanngsung mewujudkan satu industri yang banyak memacu ekonomi tempatan wilayah autonomi itu.