AS yang Bekalkan Senjata ke Medan Ukraine

2023-03-21 14:13:17  CRI
Share with:

Pihak yang membekalkan senjata ke medan Ukraine bukan China, melainkan Amerika Syarikat (AS). Washington digesa segera  menghentikan tindakan yang menyebabkan situasi semasa meruncing, dan memainkan peranan bersifat membina bagi menyelesaikan krisis terbabit secara politik.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar  China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam susulan kenyataan mengenai China  yang dikeluarkan tokoh berkenaan dari kerajaan  AS.

Wang berkata, China sejak sekian lama bersikap  objektif dan adil dalam menangani masalah Ukraine. Apa yang dibuat China justeru  adalah untuk memujuk pihak terbabit berdamai dan berunding. China yang menekankan kedamaian, dialog dan kebetulan sejarah akan terus mengoptimumkan peranan bersifat membina bagi menangani krisis itu secara politik.

"Menyentuh apa yang disebut kenyataan dari  sumber kerajaan AS, saya ingin menegaskan, pihak yang menyediakan senjata ke  medan Ukraine bukan China, melainkan AS ," kata Wang. AS seharusnya menghentikan perbuatannya yang berlagak menuding jari, menggugat dan  mengancam.