‘Ekonomi malam’ di Dunhuang Kembali Rancak

2023-03-21 11:24:49  CRI
Share with:

‘Ekonomi malam’ di bandar Dunhuang, provinsi Gansu kembali rancak susulan kedatangan pelancong yang bertambah ramai mutakhir ini.

Pihak berkuasa tempatan turut mengambil pelbagai inisiatif untuk menambah baik persekitaran perbelanjaan di beberapa jalan komersial utama.

Selain mengecapi snek-snek bercita rasa istimewa, pelancong juga berpeluang menikmati persembahan seni dan pameran warisan budaya bukan benda ketika melawat bandar yang bersejarah itu.