China Kritik Amalan Dwistandard AS dalam Isu Semenanjung Korea

2023-03-21 13:36:20  CRI
Share with:

Wakil China mengkritik amalan dwistandard Amerika Syarikat (AS) yang bermuka dua dalam isu Semenanjung Korea.

Dalam mesyuarat sementara Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai isu Semenanjung Korea semalam, naib wakil China ke PBB, Geng Shuang menyatakan bahawa anggota UNSC sewajarnya mengeluarkan isyarat positif dan menggalakkan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) agar menyambungkan dialog dan menyediakan syarat bagi meredakan ketegangan dalam situasi semasa.

Geng mengkritik AS yang ucapannya tidak selaras dengan lakuannya kerana secara terang-terangan mengamalkan dwistandard, iaitu bertindak menyekat DPRK sambil memindahkan bahan nuklear untuk pembuatan senjata kepada Australia. Geng menyeru negara berkenaan agar mendengar seruan dari masyarakat antarabangsa khususnya dari negara serantau, menjauhkan diri dari terperangkap dalam mentaliti Perang Dingin dan percaturan politik kem, dan menghentikan manipulasi politik. Pihak berkenaan digesa melaksanakan kewajipannya dalam bidang kawalan senjata nuklear dengan membatalkan keputusan tentang kerjasama kapal selam nuklear, dan menegakkan arahan yang betul untuk menyelesaikan isu Semenanjung Korea melalui saluran politik.