Gadis Etnik Miao yang Berdedikasi terhadap Seni Sulam

2023-03-21 21:06:05  CRI
Share with:

Yang Wenli, 27, merupakan pewaris seni sulam etnik Miao, iaitu warisan budaya tidak ketara di provinsi Guizhou China.

Beliau mula belajar teknik menyulam dengan ibunya sejak berumur tujuh tahun.

Bagi mewariskan teknik tradisional unik ini, Wenli membuka satu kursus supaya lebih ramai orang dapat mempelajari teknik menyulam Miao ini.

Seiring dengan dasar penjanaan kawasan luar bandar di China, kampung Huawu yang merupakan kampung halaman Wenli turut menjadi sebuah destinasi pelancongan.

Kedatangan ramai pelancong secara tidak langsung menjadikan sulaman Miao sangat popular dan semakin ramai penduduk tempatan turut timbul minat untuk mempelajari teknik tersebut dari Wenli.

Pada tahun 2021, Presiden China, Xi Jinping ketika mengunjungi kampung Huawu menyatakan, sulaman Miao bukan sahaja merupakan warisan tradisional, tetapi juga mengikuti arus fesyen pada masa sekarang.

Beliau menyatakan bahawa sulaman Miao bukan hanya satu industri, tetapi juga berkait rapat dengan kebudayaan.

"Pembangunan sulaman Miao dapat menyemarakan kebudayaan tradisional, sekali gus menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan dan pembangunan desa,” ujar Presiden Xi.

Kenyataan Presiden Xi menyuntik keyakinan kepada Wenli terhadap sulaman Miao dan ia dapat dilihat apabila beliau bersama-sama dengan gadis lain mempelajari kaedah reka bentuk melalui Internet, serta mengintegrasikan unsur tradisional dengan fesyen dalam sulaman Miao.

Pada masa sama, Wenli juga menjual hasil kraf tangan sulaman Miao menerusi dalam talian, menjadikan produk tradisional tersebut diketahui dan diminati oleh lebih ramai orang.