Xi Jinping Bertemu dengan PM Rusia

2023-03-22 12:07:36  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin pagi semalam.

Xi berkata, berdepan dengan persekitaran luaran yang rumit sejak tahun lepas, China dan Rusia tetap mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam kerjasama substantif, khususnya kerjasama bidang  sumber tenaga yang semakin diperincikan, pelaksanaan projek mega yang bersifat  strategik kian hari kian dimajukan dan pertukaran sosiobudaya serta pertukaran  di peringkat daerah semakin rancak. Sebagai rakan dagang terbesar bagi Rusia  untuk 13 tahun berturut-turut, China berharap bersama dengan Rusia menekankan  jumlah dan kualiti kerjasama, menjadikan perdagangan dan pelaburan bilateral  lebih mudah dan bebas, dan memelihara kestabilan rantaian industri dan  pembekalan. China mementingkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur  dan Laluan (BRI) dan Kesatuan Ekonomi Euroasia (EEU), bersedia bersama dengan pelbagai negara anggota melaksanakan Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-EEU, sekali gus memacu kerjasama serantau yang bertaraf tinggi.

Mikhail Mishustin berkata, perkembangan  hubungan bilateral Rusia-China yang berada pada tahap yang tertinggi dalam  sejarah kondusif bagi usaha memelihara amalan multilateralisme dan merancakkan multipolarisasi di sebalik situasi antarabangsa dewasa ini. Rusia bersedia memperhebat kerjasama dengan China dalam perdagangan pelaburan, sumber tenaga, gas asli, penggunaan tenaga atom secara damai, penerbangan angkasa lepas, inovasi sains dan teknologi, dan logistik pengangkutan rentas sempadan, di samping memperkasa interaksi berhubung usaha memastikan keselamatan rantaian industri dan pembekalan serta keselamatan bijirin.