AS Digesa Kaji Diri, Berhenti Cabuli Hak Asasi Manusia

2023-03-22 13:07:22  CRI
Share with:

Kandungan melibatkan China yang tercantum dalam Laporan Hak Asasi Manusia Nasional 2022 terbitan Amerika Syarikat (AS)  penuh dengan bohongan politik dan prasangka ideologi. AS digesa bertindak mengkaji diri, berhenti mencabuli hak asasi manusia milik rakyat negara lain dan menjejaskan demokrasi dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam.

Wang berkata, Sidang Kemuncak Demokrasi  Pemimpin Ke-2 bakal diadakan di AS bagi "menunaikan janji demokrasi" kepada negara-negara terbabit. "Perbohongan yang bertopeng keadilan tidak dapat  menyembunyikan motif sebenar Washington yang memperalatkan dan menyenjatakan  demokrasi bagi mempromosi politik blok dan berkhidmat kepada usaha melindungi  hegemoni."

Wang berkata, apa yang diperlukan dunia dewasa ini, bukanlah pemecahbelahan dengan dalih demokrasi, melainkan solidariti berasaskan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan amalan multilateralisme yang benar, serta persidangan perpaduan yang bertujuan menangani masalah menonjol dalam masyarakat antarabangsa.