CMG, VGTRK Kerjasama Terokai Bahan Visual Bersejarah

2023-03-22 14:04:07  CRI
Share with:

China Media Group (CMG) dan Syarikat Penyiaran TV dan Radio All Rusia (VGTRK) menandatangani MOU kerjasama di Moscow semalam sempena Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi di negara itu.

Kedua-dua pihak setuju akan melaksanakan kata sepakat yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, mendorong kerjasama dari segenap aspek, tahap dan bidang.

MOU tersebut ditandatangani oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden CMG, Shen Haixiong dan CEO VGTRK, Oleg Dobrodeev. Selepas itu, Shen menyampaikan ucapan yang berharap kedua-dua pihak dapat menerokai dan menggunakan bahan visual yang bersejarah dengan baik melalui sumber milik masing-masing yang saling melengkapi dan boleh dikongsi demi peningkatan persefahaman dan persahabatan tradisional rakyat kedua-dua negara.

Menurut MOU itu, CMG dan VGTRK akan membentuk satu mekanisme interaksi, berkongsi maklumat tentang bahan visual yang bersejarah, menjalankan pembaikpulihan serta pemeliharaan terhadap bahan visual yang bersejarah, dan meningkatkan penerokaan dan penggunaan dalam teknologi pembaikpulihan digital yang terbabit. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bersama-sama mengarahkan dan menghasilkan sejumlah dokumentari dan filem bertema yang kemudian akan disiarkan serta dipromosi melalui wahana masing-masing.