Seminar CMG Fokuskan Pembangunan Bersama China-Asia Tenggara

2023-03-22 14:32:03  CRI
Share with:

Pejabat Kumpulan Media China (CMG) di Asia Pasifik telah mengadakan satu seminar yang bertajuk “Modenisasi Ala China dan Peluang Baharu Dunia” di Singapura semalam.

Menteri Kedutaan Besar China ke Singapura, Zhang Xumin dalam seminar itu menyatakan bahawa modenisasi ala China dilihat sebagai jawapan bagi banyak masalah yang wujud dalam poembangunan sosial, ciptaan model baharu bagi tamadun manusia, dan sangkalan terhadap pandangan mengenai “modeniasi sama dengan keBaratan”. Pembangunan China yang berkualiti tinggi dipercayai boleh menyuntik momentum kuat kepada pembangunan serantau untuk mewujudkan pencapaian menang-menang bagi China dan ASEAN.

Bekas ahli ekonomi utama kerajaan Singapura, profesor Tan Kong Yam yang bertugas dalam Fakuliti Ekonomi, Nanyang Technological University, menekankan bahawa selaku rakan dagang terbesar dan enjin pembangunan yang paling penting bagi ASEAN, China yang ekonominya cepat pulih sejak tahun ini boleh membantu ASEAN menghadapi suasana perdagangan sejagat yang tidak menentu. Mendepani cabaran daripada AS yang menguatkuasakan apa yang disebut dasar “melepaskan kaitan” dan pengekangan, China tetap mengotakan janjinya tentang mengekalkan pelaksanaan dasar pintu terbuka, yang dilihat menunjukkan keyakinan bangsa China yang makin kuat.

Oh Ei Sun, ahli penyelitik kanan daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura memberi penilaian positif terhadap hasil kerjasama antara China dengan negara-negara Asia Tenggara. Beliau menyatakan bahawa China dipercayai akan memainkan peranan peneraju dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kerana berkemampuan meneroka potensi RCEP dalam kerjasama serantau. Beliau berharap penjelasan dengan mata wang RMB lebih banyak digunakan dalam ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN.

Naib ketua pejabat CMG di Asia-Pasifik, Li Feng dalam ucapannya menyatakan pihaknya akan bersama dengan warga media dan rakan dari pelbagai kalangan Singapura meningkatkan usaha membantu rakyat China dan Singapura memupuk persefahaman dan saling menghormati melalui pembinaan jambatan komunikasi antara kedua-dua negara.