China Tingkatkan Pemuliharaan Sungai Kuning

2023-03-22 14:44:54  CRI
Share with:

Sungai Kuning yang sepanjang 5,464 kilometer merupakan sungai kedua terpanjang di China.

Sungai ini juga digelar sebagai 'sungai ibunda' bangsa China kerana ia adalah asal usul tamadun China.

Kini, sembilan provinsi dan wilayah di pesisir sungai tersebut mempergiat perlindungan alam sekitar di sepanjang kawasan aliran sungai itu, meletakkan perlindungan ekologi di tempat keutamaan, serta memperkasakan pembangunan hijau demi kesejahteraan rakyat.

Bahagian hulu, tengah dan hilir sungai tersebut mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Sebagai contoh, langkah-langkah diambil di bahagian hulu untuk menangani keadaan ekologi yang semakin degeneratif, di samping meningkat daya mengawal air.

Manakala, di bahagian tengah pula usaha ditumpukan kepada penjagaan hutan asli dan meningkatkan tahap pemuliharan resapan air serta hakisan tanah.

Sementara di bahagian hilir pula, usaha dipergiat untuk meningkatkan pembaikpulihan sistem ekologi.

Pada Jun 2022, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China bersama-sama pihak-pihak berkaitan mengumumkan “Pelan Perlindungan Alam Sekitar dan Ekologi Perairan Sungai Kuning” untuk menyusun jadual dan menggariskan peta jalan bagi pembaikpulihan ekologi dan alam sekitar di perairan Sungai Kuning.

Pada Oktober 2022, China mengumumkan Undang-undang Perlindungan Sungai Kuning, sekali gus meletakkan jaminan perundangan bagi perlindungan ekologi dan pembangunan bermutu tinggi terhadap sungai ibunda tersebut.