CMG, Rossiyskaya Gazeta Meterai Memorandum Kerjasama

2023-03-22 12:42:26  CRI
Share with:

 Kumpulan Media China (CMG) dan akhbar Rossiyskaya Gazeta (Akhbar Rusia) memeterai satu memorandum kerjasama di sini, pada Selasa.

 

Presiden CMG, Shen Haixiong dan Ketua Pengarah Rossiyskaya Gazeta, Pavel Negoitsa mewakili kedua-dua pihak untuk menandatangani memorandum tersebut.

 

Difahamkan, memorandum yang dimeterai sempena lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Rusia itu itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak terlibat.

 

Bagi merapatkan pertukaran dan kerjasama antara media China dan Rusia, CMG dan Rossiyskaya Gazeta bersetuju untuk membina mekanisme kerjasama tetap dan menjalankan kerjasama yang meluas melibatkan pertukaran berita, jurnal bersama, latihan kakitangan, dan pertukaran teknikal, demi memberikan sumbangan kepada perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif bagi koordinasi pada era baharu China-Rusia yang sihat dan mampan.

 

Pada upacara pemeteraian itu, Negoitsa menzahirkan ucapan tahniah kepada CMG atas ulang tahun kelima penubuhannya, selain turut memberi hadiah majalah berbahasa Rusia iaitu “Style China” yang dianjurkan secara bersama oleh kedua-dua media ini, sempena ulang tahun ke-10 pelancarannya di Rusia.

 

Untuk rekod, Rossiyskaya Gazeta merupakan media cetak rasmi terbesar dan paling berprestij di Rusia.